MARI MELABUR DENGAN SSPN-i PLUS!

Monday, March 1, 2010

3 tahun dulu..

aku naik bas dgn sedeh hati, meninggalkan keluarga..tuk belajar di matrik Gambang. menempuh 3 jam perjalanan dgn penuh kesayuan. kenapa mesti belajar jauh2? tinggalkan family sume? kenapa perlu hadapi kepayahan sorg2? kenapa perit sgt perasaan yg ditanggung ni? kenapa..kenapa..dan KENAPA...
sebelum belajar di matrik, lima tahun aku habiskan kt semsas, .yg tu xpayah ckp r..setahun pertama mcm nk bunuh diri.walaupun xkena buli, aku cukup menyampah dgn senior. oh..kena basuh baju sendiri. iron baju sendiri. polish kasut sendiri.kemas loker.kemas dorm.basuh tray sendiri.eh basuh cawan jer-okey,kami makan dlm tray,bukan pinggan tau. peraturan itu dan ini. semuanya terlalu baru dan asing. memori tu suma kalau nk letak kt cni..88 mlm 89 hari pun x abis.

skang bebalik kpd cerita untuk menaiki bas.ya, bas. untuk ke kuantan, aku kena naik bas sri jengka, yg men ambik je penumpang,sumbat sampai tangga.
duduk asrama mana boleh balik rumah sesuka hati. kena isi kad balik bermalam, kumpul 1 kelas,bg kt warden bertugas. mase nk keluar pagar kena benti kt postguard, tulis nama dalam buku rekod ikut form. then bermulalah perjalanan yg sungguh meletihkan.

dua hari je duk rumah..xbnyak yg boleh dibuat.belum habis melepas rindu kt family, dh kena balik asrama. part ni yg plg sedih..waktu menaip ni pun aku rasa air mata ni bergenang...

(kad balik bermalam kena mintak signature ayah. ayah i sempoi, die suh i sign sendiri jek.)

waktu nak bersalam ngn parents tu yg xtahan. sedihnye xboleh nk digambarkan. aku jeles ngn adik2, yg xperlu jd mcm aku, travel ke tempat org,hadapi semuanya dgn keterpaksaan. aku xpernah berenggang ngn mak..jd bila dh masuk asrama, ohhh sukarnya hidup. pernah sekali aku berhasrat nk call mak, pergila ke public phone tepi dewan makan. rindu punya pasal, dapat dgr suara pun jadila. bila mak jawab panggilan tu, aku diam. xboleh nk berkata walau sepatah pun.sebak sgt. 2 3 minit aku diam je.
pastu aku kuatkan semangat, aku ckp.."helo mak..adik ni..rindu."..
pastu hujan pun turun dgn lebatnye. aku tahan, tutup mulut supaya mak xdgr aku teresak-esak. kami diam,xckp apa-apa. gagang telefon tu dah basah. duit syiling pun dh nak abis. sempat ckp bbrapa minit je lepas tu. suara mak pun lain, aku tau mak pun sedih. :(

kelas bahasa melayu pertama aku dgn cikgu Asmui, merangkap ayah kawan baik aku; Fatiehah. Benda pertama yg die suh kitorg tulis, aku igt tajuk die sampai skarang:
"Hari pertama saya di SEMSAS"
Aku gagal kawal emosi. Baru tulis beberapa perkataan, aku dah sebak. basah kertas karangan aku. Afiqah cuba pujuk, oh lagi lebatla hujan turun.


Hmm..itulah pengalaman. Skarang aku tahu apa gunanya kisah duka tu suma. Tuhan jadikan aku seorang yg empathy..

Adik aku, yani skang blajar kt matrik. tempat aku dulu. bila aku pandang die, tlg kemas barang2 die..sayu jgk hati ni. kesian adik..nak x nak mesti ada jgk perasaan yg aku rasa dulu. rasa xnk balik kolej. rasa xnk keluar rumah.

Aku cuma mampu berdoa, semoga tuhan tabahkan hati kami, semoga perjalanan untuk menimba ilmu ni dipermudahkan.Amin.

3 comments:

cokelat lover said...

cis..nnt i leh sedih bc cter u ni..
owh tidak..
sensitipnyer haku skrg ni..
hhuhu..

Missjunne said...

org lahir bln mac mmg sensitip la..huhu

Heryani Shariff said...

dan air mataku turut menitis krn crita mu!ohhh